Program Kuiz Ihya'ramadhan 1443h Pedi Semanggar Dalam

3 April 2022 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang jatuh pada 03 April 2022, Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kg.Semanggar Dalam telah mengadakan Program Quizziz Ihya’ Ramadhan 1443H PEDi Semanggar Dalam. Program ini berlangsung pada 02 pril 2022 bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Program ini diadakan bertujuan untuk menguji peserta tentang pengetahuan asas mengenai puasa di bulan Ramadhan. Program ini telah disertai 8 orang peserta terdiri pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Semangar yang tinggal berdekatan dengan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Semanggar Dalam.

Sebanyak 60 soalan telah disediakan dan perlu dijawab semua oleh peserta. Pada akhir program,penyampaian hadiah,sijil dan cenderamata telah disediakan.Tempat pertama telah dimenangi oleh Nysaa Haleena binti Hasrol Nizam,tempat kedua telah dimenangi oleh Aleeya Maisara binti Abdullah dan tempat ketiga telah dimenangi oleh Nur Damia Nabihah binti Zailani. Kami berharap agar kerjasama dalam melaksanakan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Sekali lagi,tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali